aku nak palitkan perasaan aku yang berkecamuk kerana perempuan,
tak terlintas pun di hati nak memburuk kan dia,aku hanya nak kisah aku ni di jadikan pengajaran untuk mereka yang sedang bercinta.. tepuk dada tanyalah diri..kalau bercinta sekadar untuk cukupkan syarat sebagai remaja,lebih baik tak payah bercinta..
Blog..
aku ade sorang awek dulu,memang cantik.. baik? memang baik pon.. bagi aku die yang terbaik utk aku sebab tu la dia sorang je yang aku benarkan memasuki ruang hati aku walaupun sebelum ini ramai yang cuba mengetuk pintu hati aku.bagi aku dia la yang pertama dan terakhir untuk aku sebab tembok hati aku yang 17tahun dibina dengan bongkah-bongkah ego,roboh satu persatu kerana dia..bukan calang-calang perempuan dia ni..walaupon aku bukan yang pertama untuk dia,tapi aku gembira bersama dia..
hubungan kami diduga bila kami perlu berpisah seketika bagi mengejar impian masing2..ternyata jarak telah menjadi duri dalam hubungan kami.
aku sedih,kawan2 aku cakap yang dia ada orang lain kat sana. tapi aku lebih percayakan dia dari kawan2 aku yang aku kenal lebih lama dari dia. dia kata yang dia hanya rapat je dengan lelaki tu sebab dorang satu kelas. aku percaya sebab pada aku,kepercayaan adalah kunci kebahagiaan dalam hubungan. tapi kesetiaan yang selama ini aku beri,kecurangan yang dia balas. sebab aku jauh ke sampai dia curang dengan aku? sebab aku tempat belajar aku tak 'high class' macam dia? aku pegang segala janji yang aku buat pada dia.aku tak janji kan bulan bintang,tp aku berjanji akan setia bersama dia.aku pegang janji aku,tapi dia? aku sedih..
Blog...
mungkin tuhan sayangkan aku,Dia tak nak aku terus menjadi boneka untuk insan-insan yang hanya tahu menghargai kita bila sepi je. segala persoalan tentang kisah dia dan lelaki itu akhirnya terjawab.. terima kasih kepada kawan aku yang ambil berat kat aku ni.. melalui kawan aku la,aku dapat satu gambar mesra antara dia dan lelaki tu.. aku beri dia kata dua sama ada aku atau pun lelaki itu. jawapan dia sangat menyedihkan aku,hinanya aku rasa. dia kate dia sayangkan aku,tapi dia tak boleh kehilangan lelaki tu. tiada satu perasaan sedih yang boleh di gambarkan bila orang yang kita sayang,menyayangi orang lain.
sekali lagi aku tunaikan janji aku untuk beri dia kebahagiaan walaupun aku sengsara. aku lepaskan dia untuk dia beri sepenuh kasih sayang yang penuh pada lelaki tu pulak. aku lepaskan dia sebab aku sayangkan dia. aku tak nak dia tak dapat mengecapi kebahagian yang dia idamkan selama ini disebabkan terikat dengan aku yang tak mampu beri kebahagian yang dia mahukan. tiada riak sedih saat aku melepaskan dia.mungkin sejak berkenalan dengan lelaki itu,saat ini la yang dinanti-nantikannya..saat untuk aku lepaskan dia..
Blog..
aku tak mampu nak gambarkan kesedihan hati ni,tapi aku bersyukur pada tuhan dengan dugaan yang diberikan untuk aku ini.
kini setelah 1tahun 6bulan,ikatan kisah kami terlerai..aku tak salahkan dia,mungkin kalau aku mampu jaga dia dengan baik,perkara macam ni tak kan terjadi.. ni je yang aku nak cite.. trima kasih sebab ko sudi dengar rintihan aku blog..
*kepada awek-awek di luar sane,cuba la setia dengan dia yang sentiasa menyayangi korang,bersyukur la dengan apa yang ade. jangan sampai 'Yang dikejar tak dapat,Yang dikendong berciciran'.. jangan sampai nak jilat ludah sendiri nanti.. fikir la sendiri ye.. :)
-SahaBaTsAyUr-
No comments:
Post a Comment