Kubah masjid
“kasih manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi,
kasih Tuhan tiada bertepi,
sayang Tuhan janjinya pasti”
Jika kita lihat senario di sekolah sekarang, adat orang bercinta mestilah berjanji untuk sehidup semati, sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang dicintai. Bukan setakat itu sahaja, ada juga kes yang bertepuk sebelah tangan,  bercinta dengan orang yang tidak mencintainya…………Sebenarnya perkara ini akan mengundang kepada    kekecewaaan dan kesedihan. Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya apabila bercinta dengan Allah, Tuhan yang yang Maha Pencipta yang      menciptakan kita, cinta kita pasti berbalas. Malah akan  diberi perhargaan dan disambut dengan baik.
Cinta Allah yang Maha Penyayang tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. Cinta-Nya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin  berusaha untuk mendapatkannya. Cinta yang tidak pernah luput walaupun sesaat bahkan akan berterusan serta berkekalan.Berbeza jika kita bercinta dengan manusia     kerana hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Sewaktu senang dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan   tertentu,Sebagai contoh, isteri cintakan suami kerana suami tempat bergantung. Ibu bapa mencintai anaknya kerana anaknya itulah penghiburnya ketika kesunyian. Kawan  menyayangi kawan kerana dapat berkongsi suka dan duka hidupnya serta pelbagai lagi ragam manusia dalam konteks bercinta dan sayang –menyayangi.
Namun, Allah Yang Maha Pengasih menyintai hamba-hambaNya tanpa ada   kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya sebagai ganjaran buat hambaNYa yang menyintaiNya. Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNYa.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu      kerja-kerja  menegakkan agama dan segala hal yang           berkaitan  dengan kebaikan dan kebajikan. Segala amalannya hanya kerana Allah Yang Esa.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih-sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah mendapat balasan cintaNya, malah seluruh isi langit dan bumi akan turut menyintainya.Dia jadi kekasih Allah manakala orang menyintainya pula  turut mendapat kecintaan Allah juga. Orang yang mendapat cinta Allah pastinya bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. Begitulah istimewanya orang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencipta.
Di sini apa yang ingin saya pertekankan ialah “Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi diberikan perhatian dan tumpuan,  sanggup berkorban apa sahaja, pastinya terhadap Allah lebih-lebih lagi”. .